Tuesday, November 10, 2015

Khatam Surah Al-Maidah

Al-Maidah, dari Ayat 81~90

81. Dan kalau mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi nya dan kepada apa-apa yang diturunkan kepadanya, tentu mereka tidak jadikan orang kafir itu sebagai ketua, tetapi kebanyakan daripada mereka itu orang-orang yang pasik.

82. Engkau akan dapati manusia yang paling keras permusuhan nya kepada orang-orang beriman ialah  yahudi dan mereka yang menyekutukan Allah, dan engkau akan dapati sedikit-sedikit mereka dalam percintaan  kepada orang-orang yang beriman, ialah mereka yang berkata; “sesungguhnya kami nesrani”, yang demikian itu, lantaran diantara mereka ada pendita-pendita dan rahib, dan lantaran mereka tidak sombong.



Juzuk ke 7


83. Dan apabila mereka itu mendengar apa-apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau akan melihat mata-mata mereka melelehkan air matanya lantaran kebenaran yang mereka tahu, sambil mereka berkata; “hai Tuhan kami ! kami telah beriman. Oleh kerana itu, catatkan kami didalam golongan orang-orang yang menyaksikan”.

84. “dan tidak patut kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, pada hal kami ingin supaya Tuhan kami masukkan kami bersama kaum  yang solehin”.

85. Oleh itu, Allah ganjaran mereka atas apa yang mereka telah katakan, iaitu syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, hal keadaan mereka kekal padanya. Yang demikian itu, adalah  balasan bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.

86. Dan orang-orang yang kufur dan mendustakan  ayat-ayat kami, adalah mereka itu ahli neraka.

87. Hai orang yang beriman ! janganlah kamu haramkan barang-barang yang baik-baik yang Allah telah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melewati batas, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melewati batas.

88. Dan makan lah barang-barang yang halal yang baik dari apa-apa yang dikurniakan oleh Allah, dan berbaktilah kepada Allah yang kepadanya kamu beriman.

89. Allah tidak salahkan kamu dengan sebab sumpah-sumpah kamu yang tidak disengaja, tetapi ia salah kan kamu dengan sebab sumpah-sumpah yang kamu sungguh-sungguhkan.  Maka dendanya itu ialah memberi makan sepuluh miskin, dengan makanan yang sedang  dari makanan yang kamu berikan kepada ahli kamu, atau pakaian untuk mereka, atau merdeka kan seorang hamba. Tetapi barang siapa tidak mampu, maka hendaklah ia puasa tiga hari, yang demikian itu denda-denda bagi sumpah-sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Oleh kerana itu, piliharakan lah sumpah-sumpah kamu. Demikianlah Allah terangkan ayat-ayat nya kepada  kamu, supaya kamu berterima kasih.

90. Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya arak, dan judi, dan sembelihan untuk berhala, dan undi-undi nasib itu kotor dari pekerjaan syaitan. Oleh kerana itu, hendaklah kamu jauhi nya supaya kamu dapat kejayaan .

Following Twitter,
[]https://twitter.com/FlatCemara2/status/664244674647883776