Tuesday, November 10, 2015

Khatam Surah Al-Maidah

Al-Maidah, dari Ayat 91~100

91. Sesungguhnya tidaklah syaitan itu mahu melainkan mengadakan antara kamu, permusuhan dan kebencian dengan perantaraan arak dan judi, dan memalingkan kamu daripada mengingat Allah dan sembahayang. Oleh kerana itu, tidak kah mahu kamu berhenti ?

92. Dan taatlah kepada Allah ! dan taatlah kepada Rasul-Rasul ! dan berhati-hatilah  kerana kalau kamu berpaling, maka ketahuilah, bahawa tidak ada kewajipan atas Rasul kami, melainkan menyampaikan sahaja dengan terang.

93. Tidaklah ada kesalahan atas orang-orang yang beriman dan beramal soleh tentang apa-apa yang mereka makan, apabila mereka jauhi barang haram  dan beriman dan beramal soleh, kemudian tetap mereka  menjauhi barang haram itu dan  beriman, kemudian mereka berbakti dan berbuat kebaikan, kerana Allah itu suka kepada orang-orang yang berbuat kebaikan. 

94. Hai orang-orang yang beriman ! Allah akan memberi percubaan kepada kamu dengan melarang suatu  dari perburuan yang dapat dicapai oleh tangan-tangan  kamu dan panah-panah kamu, supaya terbukti kepada Allah, supaya yang takut kepada nya dengan ikhlas. Oleh demikian, barang siapa melanggar sesudah itu, maka adalah baginya azab yang pedih.

95. Hai orang-orang yang beriman ! jangan lah kamu bunuh perburuan diwaktu kamu dalam ihram, kerana barang  siapa dari antara kamu membunuh nya dengan sengaja, maka dendanya ialah binatang ternak yang sebanding dengan apa yang ia bunuh, yang akan dihukumkan oleh dua orang yang adil dari antara kamu, sebagai korban buat disempaikan ke Kaabah, atau denda memberi  makan orang-orang miskin, atau puasa  setanding dengan itu, supaya ia rasai kejelekan perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu, tetapi barang siapa mengulangi, maka Allah akan seksa dia, kerana Allah itu gagah, pembalas.

96. Dihalalkan bagi kamu perburuan laut, dan diharamkan makanan nya, sebagai bekalan bagi kamu, dan bagi orang-orang pelayaran, tetapi diharamkan atas kamu pemburuan darat selama kamu dalam ihram. Oleh kerana itu, berbaktilah kepada Allah, yang kepadanya kamu akan dikumpullan.

97. Allah telah jadikan Kaabah, rumah yang mulia, dan bulan yang mulia, dan korban biasa dan korban-korban yang ditandakan itu sebagai penyokong bagi manusia. Yang demikian, supaya kamu tahu, bahawa se nya Allah mengetahui apa-apa yang ada dilangit-langit dan apa apa-apa yang dibumi, dan bahawa se nya Allah mengetahui tiap-tiap sesuatu.

98. Ketahuilah bahawa se nya Allah itu pedih seksaan nya, dan bahawa se nya Allah itu pengampun, penyayang.

99. Tidak ada kewajipan atas Rasul itu melainkan menyampaikan sahaja, kerana Allah mengetahui apa-apa yang kamu dzahirkan dan apa-apa yang kamu sembunyikan.
100. Katakanlah; “tidak sama barang yang buruk dan yang baik,  walau pun banyak nya perkara buruk itu menyenagkan hati mu. Oleh itu, berbaktilah kepada Allah, hai orang-orang yang  mempunyai fikiran ! supaya  kamu mendapat kejayaan”  .


Sumber dari,
[] https://sites.google.com/site/jmbtam/3/1

Following Twitter, 

[] https://twitter.com/FlatCemara2/status/664342761915584512