Al-Maidah, dari Ayat 91~100.
91. Sesungguhnya tidaklah syaitan itu mahu melainkan
mengadakan antara kamu, permusuhan dan kebencian dengan perantaraan arak dan
judi, dan memalingkan kamu daripada mengingat Allah dan sembahayang. Oleh
kerana itu, tidak kah mahu kamu berhenti ?
92. Dan taatlah kepada Allah
! dan taatlah kepada Rasul-Rasul ! dan berhati-hatilah kerana kalau kamu berpaling, maka ketahuilah,
bahawa tidak ada kewajipan atas Rasul kami, melainkan menyampaikan sahaja dengan
terang.
93. Tidaklah ada kesalahan
atas orang-orang yang beriman dan beramal soleh tentang apa-apa yang mereka
makan, apabila mereka jauhi barang haram
dan beriman dan beramal soleh, kemudian tetap mereka menjauhi barang haram itu dan beriman, kemudian mereka berbakti dan berbuat
kebaikan, kerana Allah itu suka kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.
94. Hai orang-orang yang
beriman ! Allah akan memberi percubaan kepada kamu dengan melarang suatu dari perburuan yang dapat dicapai oleh tangan-tangan kamu dan panah-panah kamu, supaya terbukti
kepada Allah, supaya yang takut kepada nya dengan ikhlas. Oleh demikian, barang
siapa melanggar sesudah itu, maka adalah baginya azab yang pedih.
95. Hai orang-orang yang beriman ! jangan lah
kamu bunuh perburuan diwaktu kamu dalam ihram, kerana barang siapa dari antara kamu membunuh nya dengan
sengaja, maka dendanya ialah binatang ternak yang sebanding dengan apa yang ia
bunuh, yang akan dihukumkan oleh dua orang yang adil dari antara kamu, sebagai
korban buat disempaikan ke Kaabah, atau denda memberi makan orang-orang miskin, atau puasa setanding dengan itu, supaya ia rasai
kejelekan perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu, tetapi barang siapa mengulangi,
maka Allah akan seksa dia, kerana Allah itu gagah, pembalas.
96. Dihalalkan bagi kamu
perburuan laut, dan diharamkan makanan nya, sebagai bekalan bagi kamu, dan bagi
orang-orang pelayaran, tetapi diharamkan atas kamu pemburuan darat selama kamu
dalam ihram. Oleh kerana itu, berbaktilah kepada Allah, yang kepadanya kamu
akan dikumpullan.
97. Allah telah jadikan
Kaabah, rumah yang mulia, dan bulan yang mulia, dan korban biasa dan
korban-korban yang ditandakan itu sebagai penyokong bagi manusia. Yang
demikian, supaya kamu tahu, bahawa se nya Allah mengetahui apa-apa yang ada
dilangit-langit dan apa apa-apa yang dibumi, dan bahawa se nya Allah mengetahui
tiap-tiap sesuatu.
98. Ketahuilah bahawa se nya
Allah itu pedih seksaan nya, dan bahawa se nya Allah itu pengampun, penyayang.
99. Tidak ada kewajipan atas
Rasul itu melainkan menyampaikan sahaja, kerana Allah mengetahui apa-apa yang
kamu dzahirkan dan apa-apa yang kamu sembunyikan.
100. Katakanlah; “tidak sama
barang yang buruk dan yang baik, walau
pun banyak nya perkara buruk itu menyenagkan hati mu. Oleh itu, berbaktilah
kepada Allah, hai orang-orang yang
mempunyai fikiran ! supaya kamu
mendapat kejayaan” .
Sumber dari,
[] https://sites.google.com/site/jmbtam/3/1
Following Twitter,
[] https://twitter.com/FlatCemara2/status/664342761915584512